Kita hebat .

Assalamualaikum . :]

Lama tak post di sini . Rindu pulak belog hangat hangat tahi itik ni . ;] Haha . 

Satu je nak cakap . Korang mesti tahu . Semua dah post kat Fesbuk , kat group tu , forward message sana sini sampai ada yang forward message aku kat aku balik . Haihh . --" Tak kisah la benda tu . Tak penting pun . Yang penting , ni ha ! Ni ni ni ! Result ni . Esok . :O Orait , taknak cakap cuak ke , takut ke . Semua dah post benda tu . Aku jugak tak nak cakap good luck ke , all the best ke , doakan aku kau ke . Aku tahu semua doa untuk semua . Kita family kan ? :)

Aku just nak pesan buat semua . Terima keputusan kita sebaiknya . Itu yang terbaik buat kita . Mesti korang dah boring selenge laut dengar benda ni kan ? Takpelah . Manusia cepat lupa . Tu lah guna semua nasihat :) Back to the nasihat . Aku bukan budak baik alim bijak pandai sampai boleh berkata bermadah bicara kat sini . Cewah . Aku pun pernah nangis teghiak segala bagai bila tak dapat result yang aku nak . Korang kenal aku kan ? Haha . :DD Tapi , inshaAllah . Aku janji dengan diri aku , akan terima apa saja yang Allah nak bagi . Redha . Pasti tu yang terbaeeeeeeeek dari Allah . Bukan dari ladang , orait ? Haha . (Aku cakap aku janji terima , tak janji tak nangis eh ? Aku kan cepat nangis . Haha . Haihh , bukan cry baby la . Sensitip ! XD) 

Tu je nak pesan . Jantung aku dah macam kenderang mahu perang dah . :P

InshaAllah . :)

No comments:

Post a Comment